Tuesday, April 12, 2011

Bapok Malaysia tinggalkan suami warga Britain

Fatine bersama young

LONDON: Seorang mak nyah kelahiran Malaysia meninggalkan suaminya, seorang warga Britain, dua minggu selepas mendapat visa pemastautin di sini.


Ian Young, 32, yang membelanjakan £12,000 (RM59,231) untuk mendapatkan visa itu, berkata Fatine, 38, kini tinggal di Manchester dan mendapat bantuan kebajikan rasmi selepas gagal memulakan kerjaya sebagai penari di Blackpool.
“Saya berasa amat bodoh. Ia sepatutnya masa paling gembira dalam kehidupan saya. Kini, dia enggan bercakap dengan saya dan tidak mahu bercerai,” kata Young. 

Dia menyuarakan kekecewaan itu selepas mendedahkan dilanda krisis peribadi ketika cuba membina semula kehidupannya selepas gagal mendapatkan kerja dan tidak berumah serta cuba membunuh diri dengan menelan pil anti kemurungan berlebihan. 

“Saya habiskan semua wang dan hilang segala-galanya. Saya hilang pekerjaan, rumah dan akhirnya kehilangan isteri. Selepas memikirkannya, saya sedar dia gunakan saya untuk mendapat visa,” katanya lagi. 

Young mendakwa masih menyintai isterinya yang dilahirkan dengan nama Mohammed Fazdil Min Bahari yang tidak melakukan pembedahan menukar jantina. 
Mereka bertemu ketika Young bekerja sebagai pengawal keselamatan di Malaysia. Young mulanya tidak menyedari Fatine dilahirkan sebagai lelaki. 

Young meneruskan hubungan mereka selepas mengetahui rahsianya dan meskipun Fatine enggan menjalani pembedahan menjadi wanita. 

Dalam tempoh tiga tahun, Young berubah daripada seorang lelaki sejati dan pernah menjalin hubungan lapan tahun dengan wanita, kepada seorang homoseksual. 

Fatine kemudian berpindah ke rumahnya di Derby menggunakan visa pelancong selama enam bulan. Pasangan itu mengadakan upacara perkahwinan sivil di pejabat pendaftar tempatan pada 2009. 

Mereka berjuang mendapatkan visa penuh untuk Fatine selepas permohonan awal ditolak Pejabat Keselamatan Dalam Negeri. 

Dia juga mendedahkan pernah tiga kali diusir daripada tiga sekolah ketika bertugas sebagai penjaga bangunan selepas ibu bapa pelajar mengetahui hubungannya dengan Fatine. – Agensi 

2 comments:

Mahirararara said...

ish ishhhhhh . nauzubillah mcm3

Mahirararara said...

ish ishhhhhh . nauzubillah mcm3