Friday, April 8, 2011

Peminat James Bond cari ejen 007 terbaik



PELAKON dikenali ramai menerusi filem James Bond 
termasuk (dari atas kiri) Sean Connery, Daniel Craig, Pierce Brosnan, 
George Lazenby, Roger Moore dan Timothy Dalton.






Warga AS tonton 25 filem dalam tiga hari 

MELBOURNE: Seorang lelaki dan rakannya di Amerika Syarikat memutuskan menonton semua 25 filem James Bond untuk mengetahui ejen 007 yang manakah terbaik.

Brad Hansen dan rakannya di Los Angeles menonton filem terbabit selama tiga hari dan beliau turut membuat satu video semua filem terbabit.
“Bagi seorang peminat Bond, sebab utama menonton ‘Bondathon’ adalah ia memaksa anda mempertimbangkan semula pendapat anda mengenai setiap filem,” katanya yang dipetik akhbar di sini. 

“Jadi, menonton semua filem mengikut turutan bersama seorang lagi penonton boleh mengubah pandangan anda terhadap setiap aksi ejen terbabit. 

“Filem yang sebelum ini anda tidak suka mungkin mengejutkan anda dan semua disukai pula mungkin tidak bagus,” katanya. 

Antara filem James Bond yang tidak dianggap bagus oleh Hansen, termasuk The Man With the Golden Gun, Die Another Day dan Diamonds Are Forever. 
Ejen 007 lakonan Sean Connery pada umumnya dianggap yang terbaik, tetapi untuk memilih filem terbaik, mungkin peminat perisik Britain itu perlu menonton video Hansen. 

Selain Connery, pelakon lain yang pernah memegang watak perisik itu termasuk George Lazenby, Roger Moore, Timothy Dalton, Pierce Brosnan dan pada masa ini, Daniel Craig. 

Filem terbaru perisik itu diberi judul James Bond 23 arahan Sam Mendes akan memulakan penggambaran pada November ini dan dijadual ditayangkan pada November 2012. – Agensi 

sumber : Berita harian

3 comments:

Yuyu said...

smart2..

Yuyu said...

smart2..hehe

Muhammadnuraizuddin said...

yuyu = nie mesti suka mat bond nie..ahhaha